Saturday, 28 May 2011

BeRcUtI WiTh mY PArEnT...

Assalamualaikum....hehehe...pndk je aq taip ni...
22/05/11 ari ahad....

trikh tu aq xleh lpa sbb time tu la pngubt skit aq hehehe "skit rndu"...:D
apa yg aq nak taip d cni adalah ari mak bpa aq dtg gi smnjg bercuti ngan ag n akak ipar aq n aq gak la trikut sama sbb slh satu sbb nak jnguk aq laaaa...hahaha (bngga gak la..)

ari ahad tu gak aq d hntr gi hotel tmpt pnginapan kmi olh pck aq...thnx kat pck aq sbb dah tlg hehehe
lbih kurang pukul 5ptg aq pon tiba la kat hotel tu....berdebar2 pon ada,hppy lgi lah ada...almaklum la nak jmpa parent n terlalu mrndukn mrka....hehehe...
akhrnya kmi pon bersalam la smbil cium2 lah hahaha...
rsa jd ank mnja la time tu...aq apa lgi ambik ksmptn bermnja hahaha (kalah adik aq yg bongsu)
jaat jgk aq ni hehehe....
lps rht2 jap,citer2 sal kolej,pljrn n glgt2 tmn aq kat asrama tu,mak aq pon hpy gak la dngr citer hehehe dah lma xciter lma2 ngan mak la katakn...pastu dah selesai bt smua tu kitaorg pon bersiap la nak jln gi pasar mlm yg berdktn ngan hotel tu...emm bnyk la bju2 cntk kat sna...nak beli tuk diri sndri tp fkr punya fikir niat tu pulak trbatal sbb xda yg berkenan ngan aq so belikn je la fmly2 lain kat kmpg tu hehehe....
tp aq ada 1 berkenan kat psr mlm tu hehehe...bju tu cntk sngt2 warna hitam slh satu fvrte colour aq emmm...bju tu bju jubah hitam ngan hiasannya yg cntk ngan manik2 yg tersusun..perrgghh mmg cntk la..
taapii...hampa sbb aq rsa aq xsesuai pkai bju mcm tu..tp siyes mmg cntk...hurmmm dah la lpakn je la....
ada msa n ada rzki t aq nak beli hehehe :) ...
kitaorg blik sbb dah lwt sngt....dah bis jln2 mmg pnt la tp mmg snok sbb jln ngan mak...
yg ni aq ska.....hehehe time aq,mak aq n bpa aq nak tdo 1 katil 3org la..kiranya aq kcu daun la ckit2 hahaha...(sory mak...) wktu tu aq kai sarong je kot tdo...pastu kaaaan..hehehe mak aq selimutkn n tepuk2 bahu aq...waaaa mmg berbaloi la aq rndu mak aq...mak aq belai aq mcm budak2 kecik...nak nangs pon ada....huh..!!! plg indah laaa.... (terharu)
dah pnt dah aq menaip nih...aduh!!!...(mengeluh ckit je ek..)

sbnrnya bnyk agi aq nak citer ni tp aq kena pndek kn crta la....
bnyk sngt nak di taip ni....hurmm...smpi ni je la aq nak citer...
nak tngkn minda nih dlu...ehehe....

daaaaaa.....wassalam...:)

UnTuKmU AdAm dAn hAwA...

Adam...

Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,

Gagah perkasa seperti Badang,

Kau gunakan Hawa sebagai umpan,

Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,

Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,

Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,

Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.



Adam...

Kadangkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.



Hawa...

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,

Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.



Adam...

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,

Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.



Hawa...

Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,

Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,

Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.



Adam...

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.



Hawa...

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.



Oleh itu Adam...

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,

Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam...



Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,

Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,

Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,

Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.



Begitu juga Hawa...

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.



Hawa...

Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,

Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

Dan


Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.

Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.

Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.

Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.


Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.

Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.

Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

by : iluvislam....

Friday, 20 May 2011

RiNdU kAt FaMiLy AkhIRnYa SaKiT...

jasa mu ttp di kenang...
Assalamualaikum.....
hi smua....aq wat blog ni time xsht ni...
aq hrp kmu sht bkn mcm aq ni k...hehehe..

NAK NGADU SKIT...dah lma dah aq skit ni agk2 4ari dh kot skit....
aq rsa mcm pch je kpla ni mnhn sakit...1 mslh je aq lau skit...aq xska mkn ubt xska..:'(
rpa2nya wjud gak ek sakit rndu ni...
asl mnjlg petang aq rsa nak fever je...dalam bdn aq rsa pns je...
brkurung dlm blik,mls nak kuar..lyn org pon lyn xnak lyn je...
aq pon xtau npa leh jd mcm ni.....
mula2 tu aq tringin sngt2 nak mkn ikan...lbh2 agi ikan bakar yg nenek aq msk...rindu sngt2 kt nenek tersayang aq....cdihnye....:'(
wlupon aq dah mkn ikan kwn bwa aritu tp xsama ngan ikan kat SABAH....apalgi nenek aq yg msk nak sngt2 mkn mskn dr nenek n mak aq....
bersyukur gak la dh mkn ikn yg kwn bwa dr kmpg  aritu...
thnx paah....smga murah rzki korg sklrga :) AMIN.....

kpla aq masih agi sakit...berdnyut otak aq rsa skrg ni...
skit2 pon leh agi taip blog...hurmmm..
myb ada hkmh gak aq skit ni...
mudah2an adanya khdrn parent aq,hrp2 la aq sht....leh luangkn msa sma2...

ahad ni (22/05/11)  parent,abg n akak ipar aq dtg cni bercuti smbil2 jenguk2 aq la....
hppy sngt2 sbb time tu gak aq cuti smggu...lps cuti tu gi posting lak gi sri manjung di PERAK...
syukur sngt2 ada peluang brsama fmly aq.....

nak ingt balik mlm 1st aq skit rndu...aq smpt kol akak aq kat kmpg
mmg perasaan tu cdih sngt2 smpikn nangs bgtu la....
time smbg2 ngan akak aq,aq bnyk diam je smbl nangs..xthn kerinduan yg sngt2 mndlm trhdp klrga aq...
saat tu mcm dah dtg dah ajal aq....tp akak bg aq tng..
nak ckp ngan mak aq xleh sbb asl aq smbg ngan mak aq,aq akn nangs n xckp lngsng..
aq just xnak mak aq rsu tntg aq kat cni...
aq sayang mak aq wat slma2nya...:'(
aq sayang bpa aq wat slma2nya... :'(
aq sayang nenek n atuk aq wat slma2nya...:'(
aq sayang abg,akak n adik2 aq wat slma2nya...:'(
YA ALLAH ....rndunya.... :'( cdih la....makin sakit kpla aq ni...

hurmm....dah la kot...
t brtmbh cdih lak aq..
cengeng tol laaa.....
emmm ok la....smpi ni je la
nk luah je...bru puas ati....

AKU SAYANG ORG YANG SAYANG AKU....

Tuesday, 17 May 2011

TiPs LaHiRkAn aNaK SoLeH....:)

Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.

Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. 
Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang salihah.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.

Kedua ---> hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.
Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.

Ketiga ---> hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.

Keempat ---> seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.

Kelima ---> hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.

Keenam ---> memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.

Ketujuh ---> memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.

Kelapan ---> memberi pendidikan agama yang cukup. 

Kesembilan ---> menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.
Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam...(~_~)

Sumber dari : Islam Itu Indah....

Friday, 13 May 2011

PeNgAlAmAn kAt tEmPaT bArU....

Penglmn membuatkn kita trs berfkr sndri dan membuatkn mnjdi matang.....bleh berdikari tnpa bntuan fmly...

<----kmi ber5....ni la kmi huhuhu...


1st time ni kat tmpt org ni pling jauh la sy pegi,alaaa kat smnjg je...hehehe..

Nak citer wktu mula2 sy gi smnjg....emmm agak lucu la jgk hehehe...
sy start la kat airport ek....:) (malas nak taip pnjg2)...
emmm....(ngah fikir ni)...
perasaan yg agk nervous la katakan..ye la 1st time gi smnjg la kononnya...
ni da tiba da kat airport bersama mak,pck,mck,akak n adik bongsu sya....emmm..
dah trn dr keta la kononnya dgn beg yg pnuh ngan brg kprluan sy tuh....hehehe...(berat bnyk brg)

mnggu kat airport berjam2 smbil trtnya2 mcm ne la agknya rupa kwn sy dr TAWAU tu ek??
hehehe.....smbl2 dngr nsht dr mak n pck mck sy tntg keberadaan sy kat tmpt bru nnt sy pon trgrk la ambik hp nak hbg kwn bru tu hehehe...sy pon call la kwn tu tp sygnya xjwb pastu sy pon hntr la mesej kat dia...
nma kwn tu SABRINA....dia pon bg la rspon pastu sy pon cari la kwn tu...sblm tu sy gtau yg sy kai tudung hitam n kasut coklat,time tu mmg lawak la sy rsa...pastu dia gtau yg dia kat dpn balai pelepasan...msa tu sy xdpt detect agi...tertnya2 gak mn la seorg kwn nih...pastu sy kol dia (xingt la sy kol dia or sy yg kol dia) xingt la...opsss sory hehehe....

pastu akhrnya kitaorg pon brtmu,lambai tgn n malu2 gitu hehehe...
wlupun prtmuan kitaorg pnuh dgn surprise tp bnyk beri kngn wat sy n kwn2 sy hehehe...
d pndekkn citer tiba la msa tuk brtolak,kitaorg pon brsalaman ngan parent masing2...
mmg cdih la time tu,rsa xnak je pegi xsmpi ati nak tgglkn fmly at SABAH..

dah bis scan brg,scan diri sndri n checking imegresen kitaorg ber4 pon brjmpa la..hahaha
bersalaman la kononnya emmm..time tu malu giler la...segan tu sngt la segan yelah sy kn sorg je dr SEMPORNA yg lain dr TAWAU..hehehehe 1st2x tu prknlkn diri la masing2...oouuwwww...formal tu mmg formal lwak la sy rsa time tu,1st2x sy knl SABRINA la sbb dia salu contct la..(salu la sngt kn2) hahaha...dia ni pmalu mcm sy gak la..snyum2 pmurah,ayu gitu..cntik...putih hahaha....pastu trnmpk lak sorg ni perrghh trkjut gak sy time tu...nma kwn ni BIEYA asyik nangs je kejanya mnglahkn sy la huhuhu...sy nangs nangs jgk tp leh kwl agi tp dia ni emm...mmg nangs abis la tp dia mmg baik la cntik agi tu...huhuhu....
ni lak seorg yg sy nmpk ni emmm..tkot nak tgur wat muka slumber je time tu...dlm ati "asl seorg ni xtgr or snyum kat sy ek??"hehehe...nma dia ni ROHANA...bru tau dia ni pendiam orgnya tp baik la...manis orgnya xsmnis gula la...hahaha...tngk dorg pon sy sng ati la sbb ada kwn dr SABAH...:)
Time kitaorg citer2 tetiba mncl lak seorg ni dr balai plpsn so kitaorg ada 5org laaa...tp seorg ni xsama flight ngan kiatorg 4org ni laaa.....nma dia ROS SHAZWANI pggl adeq je la....dgn gayanya yg gengster tu sy pon hairan la tetiba mncl n brslmn ngan dorg ber3 tu...sypon duk diam je la...xtgur agi..ye la segan bha time tu (emm bhsa SABAH)...dia lak ni sy fkir time tu "mcm sombong"yelah xtdr sy kan...hehehe...dia ni cntk mcm HELIZA arts AF tu....tp mmg baik2 la smuanya....wlupun kat cni bnyk prselisihan fhm huhuhu.....kpda kwn2 yg trlibat ni jgn mrh ek....MINTA MAAF lau ada yg tersinggung...hnya kita je huhuhu....

smpi cni je la dlu...t sy smbung agi....
t smbung kat airport KLIA lak huhuhu...
wasssalam....(^_^)v

Monday, 9 May 2011

Kasihanilah Kaum Adam..

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak..

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.
Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya..

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa..

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan..

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda..

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan..

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu..

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu..

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua...
Perkongsian dari perkongsian..(sumber_FB)

Sunday, 8 May 2011

1st time ada blogger (08/05/2011) ~SeMpEnA HaRi ibU JuGa~

Assalamualaikum smua...
trlbh dahulu sy nak mnta maaf jika ada kslhn yg sy tulis kat blogger ni k hehehe..

emm...xtau la nak tulis apa...rsa lucu pon ada gak hehehe..
ni la 1st time tulis blogger,nipon trgrk ati nak bt kbtln tngk blogger adik yg bru sy knl tp nma d rhsiakn la ye...hehehe..
bkn apa..sy jless tngk blogger dia cntk sngt..so sy pon nak gak try bt blogger sndri hehehe...

ada 1 agi laaa...
sy tulis ni smpena ari IBU,1st time brjauhn ngan mak...
rsa cdih sngt2...mnitis airmta smpikn xsggp nak kol mak sya..
cengeng sggh gak sy ni ek...hehehe...
sy syg mak sy...

emmm..apa agi ya???..
xtau nak tulis apa agi..
t sy smbg agi la....nak edit blogger dlu.....daaaaa (^_^)v..
wassalam.....