Wednesday 15 February 2012

~ TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS ~

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana
anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit
secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Tuesday 14 February 2012

~jgn berbangga dgn status korg~

Seorang budak lelaki kurang ilmu mencintai seorang gadis yang tinggi ilmunya yang merupakan anak imam masjid ..... Satu hari budak itu melamar gadis itu. Kemudian gadis itu berkata, "Dengar sini! Ilmu awak cuma setakat darjah enam ialah berbanding saya pelajar Univeristi Al Azhar.... ...... ... 

Macam mana saya nak terima awak? Bagaimana awak boleh terfikir bahawa saya mahukan awak? Saya tidak akan menyukai awak kerana saya adalah anak kepada imam masjid Kampung Pisang ... Jadi, lupakan saya dan cari orang yang sama taraf dengan awak. " Tetapi entah bagaimana budak lelaki itu tidak dapat melupakannya begitu mudah. 10 tahun kemudian.

Satu hari mereka bertembung di sebuah pusat tahfiz. Gadis itu berkata, "Assalamu'alaikum wbt! Awak! Apa khabar? Sekarang saya berkahwin. Adakah awak tahu siapa suami saya? Suami saya adalah lepasan Al Azhar Awak boleh bayangkan? Dan dia juga sangat soleh. " Mata lelaki itu dapat basah dengan air mata setelah mendengar kata-kata gadis itu.

Setelah beberapa minit suaminya datang sebelum gadis itu boleh mengatakan sesuatu kepada lelaki itu, suaminya mula berkata apabila melihat lelaki itu. "Tuan Syeikh! Anta di sini? kenalkan isteri ana." Kemudian dia berkata kepada isteri beliau, "Ana amat terhutang budi kepada jasa tuan syeikh kerana banyak memberi dan mengajar ilmu agama kepada ana....Kalaulah tanpa tuan..... Dan ingin tahu satu fakta? Tuan syeikh mencintai seorang gadis tetapi dia tidak dapat perempuan itu. Itulah sebabnya mengapa dia masih belum berkahwin. Sungguh bertuah gadis itu dihatinya, bukan?....

Moral dari cerita ini.... Hidup tidak begitu singkat. Jadi, jangan berbangga dengan diri sendiri dan memperbodohkan orang lain. Situasi boleh berubah dengan masa. Setiap orang harus menghargai cinta..yang paling penting cinta Ilahi ... hargailah semoga kamu dicintai oleh semua ya ..... Jangan menyesal di kemudian hari.. jangan menghina orang lain kerana Allah sentiasa melindungi hamba2 yang disayangiNya iaitu wali2 Allah .... semoga menjadi iktibar kepada kita semua ....~

Monday 13 February 2012

~terima la apa adanya aku~

~✿..Dalam kehidupan,Kau temukan seseorg teman istimewa...
~✿..Seseorg yang mengubah kehidupanmu dgn menjadi sebahagian darinya
~✿..Seseorg yang membuatmu tertawa tak terhenti...(^_<)♥~

♥~Seseorg yang membuatmu yakin bahawa sesungguhnya ada kebaikan di dunia...
♥~Seseorg yang menyakinkan mu bahawa sungguh ada pintu tak terkunci yang sedang menunggumu untuk membukanya....
♥~Seseorg yang menjadi belahan jiwamu dalam suka dan duka....
♥~Seseorg yang ingin engkau lebih baek dari kemarin...
♥~SeSEORG yang memberikan kehormatannya padamu....

~✿>>Seseorg yang memberikan hidupnya untukmu...
~✿>>Seseorg yang ikhlas melepas payung cinta orang tuanya...
~✿>>Seseorg yang ikhlas menerima kita di antara yang lebih baik...(◕‿◕)

Sunday 12 February 2012

~wahai kaum adam~



tidak perlu terlalu diharapkan wanita berpurdah..
bertudung labuh untuk menjadi isterimu..

Meskipun,di matamu mereka sempurna..
tanpa ada sedikit pun cela...

namun,
ambillah wanita yang pada PANDANGANMU BIASA..
jadikan mereka wanita yang LUAR BIASA..

sesungguhnya di dalam diri setiap wanita itu ada 'SOLEHAHNYA'..

Yang tersembunyi tu MAHAL HARGANYA..
namun yang tidak tersembunyi juga BUKAN MURAH..♥♥

~jodohku~

" ya Allah, pertemukanlah jOdOhku yang terbaik, ♥ . ♥ supaya dia dapat membawaku ke SYURGAmu " ♥

Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku di awal perkahwinan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya, malah sepanjang ke syurga!

~Ampunkan aku~

~✿..Aku LEMAH..aku salah, aku BERDOSA..aku bukan wanita solehah, aku bukan siapa siapa..aku cuma HAMBA HINA, aku bukan permata..aku cuma kaca, perilaku TIDAK TERJAGA..bicaraku kadang tiada santunnya, hatiku kadang BERPRASANGKA..✿~

Aku tahu..
Aku MALU..
Ya Allah..Tuhanku..
MAAFKAN aku..
Maafkan aku..

>>> Ya Allah, kuangkat kedua tanganku..SUDIKAH Engkau MENERIMA cintaku, berdarah-darah akan kutempuh..menggapai tarikat cintaMu..tujuh syurga pun TIDAK MAMPU kuraih, menerima diri yang penuh DOSA dan NODA ini..kuharap cinta dan ampunanMu..setinggi arasyMu seluas semesta cinta..TERIMALAH hambaMu yang HINA ini..

Buatmu insan yang aku sayang...



Aku akan menunggumu...
Walau penungguan itu perit
Aku akan menantimu...
Walau penantian itu sulit
Aku akan setia disisimu...
Walau sekeruh mana pun keadaan melanda kita
Aku akan teguh dihatimu...
Walau kekadang kocakan hidup
Menggoncang hidup kita.

Kerana aku yakini...
Sehebat mana pun dugaan
Pasti kita dapat telusuri bersama
Andai cinta yang terbina hanya kepada Allah sandarannya
Bagiku...
Kaulah insan yang teristimewa
Namamu terpahat di dada
Selepas Allah dan RasulNya...
Aku menanti dan menunggu
Di dalam pepohon rindu
Yang ku nukilkan lewat doa2ku...
Saat Allah satukan kita
Sujud dan tangisku
Akan berarak di dalam syukur
Atas nikmat yang aku dambakan selalu
Kini menjadi milikku...
Terima kasih
Semoga Allah Merahmatimu...
Aamiiin ya Rabb!!!!!